MENGAPAKAH FROG VLE DIPILIH? | |
Ia menjadikan hidup setiap orang, menjadi lebih mudah. Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Pada masa sama, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan sekolah dan apa yang anak-anak mereka lakukan. Sebagai tambahan, Frog VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana Frog dapat mempertingkatkan pembelajaran: Tonton video :- 1 ) Di bintangi oleh Adibah Noor | FrogAsia, pembekal penyelesaian Frog VLE, bekerjasama erat dengan golongan pendidik dan organisasi-organisasi pendidikan tempatan bagi menyediakan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang relevan dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberikan kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah baik sekolah secara keseluruhannya. |
Makmal Komputer Sk Sungai Tiang
Makmal komputer
SALAM MAULIDUR RASUL
Warga skst mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul
Wednesday, 12 February 2014
MENGAPAKAH FROG VLE DIPILIH ?
17:43
1 comment
Apakah itu Frog VLE ?
17:30
No comments
Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.
Kenali Frog - Tonton Video
PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN
Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.
Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.
Guru
Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.
Pelajar
Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan Frog. Terokai video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.
Ibu Bapa
Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)