SALAM MAULIDUR RASUL

Warga skst mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIANG

Tuesday 26 January 2010

SEJENAK DI MAKMAL KOMPUTER






Wednesday 13 January 2010

SKOP TUGAS JURUTEKNIK (FT 17)

1) Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan
pencegahan dan penyelenggaraan perkakasan IT
seperti:


*pemeriksaan, penyelenggaraan dan membaik
pulih kelengkapan IT yang rosak seperti
kerosakan papan induk, cakera keras, cakera
liut, tetikus, pencetak dan sebagainya

*mendapatkan alat ganti dari pembekal

*memastikan perjalanan sistem dalam keadaan
baik

*mengurus stor dan rekod alat ganti

*menjalankan kerja-kerja peningkatan
keupayaan komputer seperti menambah
ingatan, VCD-Card, dan lain-lain peralatan
komputer

*menjalankan kerja-kerja yang berkaitan
dengan pemasangan komputer dan elektronik
seperti asas pendawaian elektrik dan
elektronik serta mempateri dan memasang
kabel pada komputer


2) Penyelenggaraan Aplikasi

*melaksanakan instalasi program mengikut keperluan
pengguna komputer

*menjalankan peningkatan perisian ke versi terkini

*melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan
pembahagian IP - Address, Gateway, Modem dan
sebagainya

*menjalankan ujian ke atas perkakasan dan perisian
yang baru dibeli

SKOP TUGAS FS DI SEKOLAH

Skop tugas Fasilitator SchoolNet di Sekolah

* FS bertanggungjawab atas segala peralatan ICT di makmal komputer/berkaitan bagi memastikan rangkaian SchoolNet berfungsi serta sentiasa boleh digunakan

* FS akan menjalankan Latihan In-House kepada warga Sekolah

* FS dan Sekolah akan menentukan jadual pelaksanaan Latihan In-House bagi mengelak daripada menganggu aktiviti P P sedia ada

* FS dan Sekolah akan menentukan kumpulan sasaran sebenar bagi setiap latihan yang akan dijalankan

* FS dibenarkan menjalankan latihan ICT yang bersesuaian kepada ibu bapa atau komuniti menggunakan kemudahan ICT di sekolah setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah

* FS akan menjalankan latih tubi dengan menggunakan aplikasi dalam talian (online) bagi pelajar menduduki peperiksaan seperti UPSR/PMR/SPM

* FS dikehendaki membantu mengendalikan aktiviti ICT di sekolah-sekolah berdekatan

* FS berperanan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan jalur lebar/pakej jalur lebar kepada warga sekolah dan komuniti setempat

Monday 11 January 2010

APA ITU EDUWEB TV?


EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk Semua. Pembangunan EDUWEBTV membolehkan sistem penghantaran program pendidikan untuk Guru-guru dan Murid -murid menjadi lebih baik serta mampu mewujudkan lebih banyak lagi sekolah yang bertaraf Bestari. EDUWEBTV juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara bandar, luar bandar, pedalaman dan juga hilir bandar.

DEFINISI
EDUWEBTV merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

VISI
Untuk menjadi Portal Pendidikan berasaskan Video Pendidikan bertaraf dunia menerusi penerapan nilai-nilai murni menggunakan teknik video.

MISI
Untuk menerajui pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi yang kreatif sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010.

COGAN KATA
Pendidikan Digital Untuk Semua (Digital Education for All)

SALURAN-SALURAN EDUWEBTV
EDUWEBTV merupakan Portal berasaskan kepada video pendidikan yang mempunyai saluran-saluran tertentu yang mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza.Terdapat tujuh (7) saluran dalam Portal EDUWEBTV seperti saluran Berita, Akademik,Rencana, Wawancara, TV Pendidikan, Interaktif dan Siaran Langsung.

JENIS PENGGUNA
EDUWEBTV mempunyai beberapa jenis pengguna yang boleh mengaksesnya secara atas talian. Antara jenis pengguna yang terdapat dalam Portal EDUWEBTV ialahPentadbir Sistem dan juga Pengguna Akhir yang terdiri daripada Pengguna Awam, Guru dan juga Murid. Setiap jenis pengguna ini mempunyai capaian dan akses yang tersendiri.

KEPERLUAN ASAS
Portal EDUWEBTV mempunyai beberapa keperluan asas yang perlu diikuti bagi memastikan pengguna dapat menikmati ciri-ciri hebat Portal EDUWEBTV dengan lancar tanpa sebarang gangguan iaitu Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas, Windows Media Player versi 9.0 dan ke atas dan resolusi skrin ditetapkanpada ukuran 1024 x 768 ‘pixels’.