Monday 11 January 2010

APA ITU EDUWEB TV?


EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk Semua. Pembangunan EDUWEBTV membolehkan sistem penghantaran program pendidikan untuk Guru-guru dan Murid -murid menjadi lebih baik serta mampu mewujudkan lebih banyak lagi sekolah yang bertaraf Bestari. EDUWEBTV juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara bandar, luar bandar, pedalaman dan juga hilir bandar.

DEFINISI
EDUWEBTV merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

VISI
Untuk menjadi Portal Pendidikan berasaskan Video Pendidikan bertaraf dunia menerusi penerapan nilai-nilai murni menggunakan teknik video.

MISI
Untuk menerajui pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi yang kreatif sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010.

COGAN KATA
Pendidikan Digital Untuk Semua (Digital Education for All)

SALURAN-SALURAN EDUWEBTV
EDUWEBTV merupakan Portal berasaskan kepada video pendidikan yang mempunyai saluran-saluran tertentu yang mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza.Terdapat tujuh (7) saluran dalam Portal EDUWEBTV seperti saluran Berita, Akademik,Rencana, Wawancara, TV Pendidikan, Interaktif dan Siaran Langsung.

JENIS PENGGUNA
EDUWEBTV mempunyai beberapa jenis pengguna yang boleh mengaksesnya secara atas talian. Antara jenis pengguna yang terdapat dalam Portal EDUWEBTV ialahPentadbir Sistem dan juga Pengguna Akhir yang terdiri daripada Pengguna Awam, Guru dan juga Murid. Setiap jenis pengguna ini mempunyai capaian dan akses yang tersendiri.

KEPERLUAN ASAS
Portal EDUWEBTV mempunyai beberapa keperluan asas yang perlu diikuti bagi memastikan pengguna dapat menikmati ciri-ciri hebat Portal EDUWEBTV dengan lancar tanpa sebarang gangguan iaitu Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas, Windows Media Player versi 9.0 dan ke atas dan resolusi skrin ditetapkanpada ukuran 1024 x 768 ‘pixels’.

1 comments:

  1. The minimum stakes shall be lower, and you won't should battle 우리카지노 for a seat on the table

    ReplyDelete