| MENGAPAKAH FROG VLE DIPILIH? | |
| Ia menjadikan hidup setiap orang, menjadi lebih mudah. Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Pada masa sama, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan sekolah dan apa yang anak-anak mereka lakukan. Sebagai tambahan, Frog VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana Frog dapat mempertingkatkan pembelajaran: Tonton video :- 1 ) Di bintangi oleh Adibah Noor | FrogAsia, pembekal penyelesaian Frog VLE, bekerjasama erat dengan golongan pendidik dan organisasi-organisasi pendidikan tempatan bagi menyediakan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang relevan dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberikan kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah baik sekolah secara keseluruhannya. |
Makmal Komputer Sk Sungai Tiang
Makmal komputer
SALAM MAULIDUR RASUL
Warga skst mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul
Wednesday, 12 February 2014
MENGAPAKAH FROG VLE DIPILIH ?
17:43
1 comment
Apakah itu Frog VLE ?
17:30
No comments
Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.
Kenali Frog - Tonton Video
PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN
Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.
Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.
Guru 
Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.
Pelajar 
Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan Frog. Terokai video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.
Ibu Bapa 
Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.
Monday, 11 March 2013
01:25
No comments
Guru-guru boleh download Bahan rujukan MBMMBI seperti Manual Netsupport,Manual e-Kata dan Manual Fun N Friend di laman download.
Tuesday, 5 February 2013
Tukar Youtube ke Mp3
16:56
2 comments
Ingin muatturun lagu kegemaran tetapi hanya boleh didapati di dalam bentuk video di talian?Ada banyak cara untuk melakukannya dan MPC tunjukkan satu cara yang boleh anda lakukan sendiri.
Langkah 1: Masuk ke laman Youtube yang mengandungi lagu atau video muzik kegemaran anda. Taipkan nama lagu dan sebagai contoh kita cuba lagu Adele - Skyfall yang sedang popular sekarang ini.
Langkah 2: Salin (copy) alamat URL lagu.
Langkah 3: Buka laman web www.flvto.com dan masukkan (paste) alamat URL tadi.
Langkah 4: Pilih format fail yang anda mahukan dan kita cuba MP3. Klik butang Convert.
Langkah 5: Bersandar dan rileks, biarkan laman web ini melakukan tugasnya.
Langkah 6: Apabila fail anda telah ditukarkan 100%, butang download akan muncul dan klik download. Simpan di storan yang anda mahukan. Hanya beberapa saat dan SIAP!
~ http://majalahpc.karangkraf.com/mahir-it/tukar-youtube-ke-mp3-1.105563~
Thursday, 10 January 2013
BELAJAR MENAIP DENGAN BETUL
00:59
No comments
Kemahiran menaip merupakan kelebihan bagi mereka yang sentiasa menggunakan komputer didalam urusan pekerjaan ataupun peribadi. Kebanyakaan pengguna memang telahpun tahu menaip menggunakan papan kekunci, tetapi teknik menaip yang digunakan mungkin bukanlah teknik sebenar seperti yang sepatut dilakukan oleh jurutaip professional.
Didalam laman web tersebut, pengguna akan diajar mengenai kedudukan jejari yang betul. Jari telunjuk sebelah kiri sepatutnya berada diatas huruf F dan jari telunjuk sebelah kanan berada diatas huruf J. Kelajuan menaip minima untuk menjadi jurutaip adalah 80 perkataan seminit. Walaupun kini tugasan jurutaip mungkin sudah tidak wujud lagi namun kemahiran menaip dengan pantas dapat memberikan kelebihan diatas tugasan seharian.
MEMBUKA DOKUMENT CORRUPT
00:54
No comments
Semasa anda membuat kerja dengan Microsoft Word mungkin anda pernah mengalami hal ini - Dokumen yang ingin anda akses tiba-tiba rosak dan tak bisa dibuka. Dengan keadaan begini pasti anda akan panik. Apalagi jika file tersebut adalah file penting, dan tidak ada file back up-nya.
Jangan susah hati dahulu! File yang rosak tersebut mungkin saja masih dapat diperbaiki dengan Text Recovery Converter. Caranya menggunakannya sebagai berikut:
1. Buka program Microsoft Word, lalu klik [File] > [Open].
2. Pilih file dokumen yang rosak tersebut.
3. Klik panah kecil yang ada di sisi kanan butang [Open].
4. Pada menu drop down yang terbuka, pilih [Open and Repair].
5. File anda yang rosak akan terbuka kembali. Tapi perlu diketahui, tahap keberhasilan perbaikan ini bergantung dari seberapa besar kerosakan file anda.
- rezza2u

APA ITU MBMMBI
00:50
1 comment
Apa itu MBMMBI | Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI
Apa itu MBMMBI | Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI
Seperti yang kita tahu, MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris adalah fokus utama bagi pendidikan bermula tahun 2012 ini. Pada tahun 2012 ini, MBMMBI akan dilaksanakan dengan lebih agresif di sekolah dan perkara utama yang menjadi teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI.
Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI
Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI ini, apa kata kita lihat dahulu definisi MBMMBI ini.
Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu &Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di
peringkat nasional dan antarabangsa.

Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI
- Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P.
- Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.
- Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
- Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.
- Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah , Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.
- Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.
- Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P.
- Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.
- Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.
- Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.
Tuesday, 26 January 2010
Wednesday, 13 January 2010
SKOP TUGAS JURUTEKNIK (FT 17)
00:39
1 comment
1) Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan
pencegahan dan penyelenggaraan perkakasan IT
seperti:
*pemeriksaan, penyelenggaraan dan membaik
pulih kelengkapan IT yang rosak seperti
kerosakan papan induk, cakera keras, cakera
liut, tetikus, pencetak dan sebagainya
*mendapatkan alat ganti dari pembekal
*memastikan perjalanan sistem dalam keadaan
baik
*mengurus stor dan rekod alat ganti
*menjalankan kerja-kerja peningkatan
keupayaan komputer seperti menambah
ingatan, VCD-Card, dan lain-lain peralatan
komputer
*menjalankan kerja-kerja yang berkaitan
dengan pemasangan komputer dan elektronik
seperti asas pendawaian elektrik dan
elektronik serta mempateri dan memasang
kabel pada komputer
2) Penyelenggaraan Aplikasi
*melaksanakan instalasi program mengikut keperluan
pengguna komputer
*menjalankan peningkatan perisian ke versi terkini
*melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan
pembahagian IP - Address, Gateway, Modem dan
sebagainya
*menjalankan ujian ke atas perkakasan dan perisian
yang baru dibeli

SKOP TUGAS FS DI SEKOLAH
00:29
1 comment
Skop tugas Fasilitator SchoolNet di Sekolah
* FS bertanggungjawab atas segala peralatan ICT di makmal komputer/berkaitan bagi memastikan rangkaian SchoolNet berfungsi serta sentiasa boleh digunakan
* FS akan menjalankan Latihan In-House kepada warga Sekolah
* FS dan Sekolah akan menentukan jadual pelaksanaan Latihan In-House bagi mengelak daripada menganggu aktiviti P P sedia ada
* FS dan Sekolah akan menentukan kumpulan sasaran sebenar bagi setiap latihan yang akan dijalankan
* FS dibenarkan menjalankan latihan ICT yang bersesuaian kepada ibu bapa atau komuniti menggunakan kemudahan ICT di sekolah setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah
* FS akan menjalankan latih tubi dengan menggunakan aplikasi dalam talian (online) bagi pelajar menduduki peperiksaan seperti UPSR/PMR/SPM
* FS dikehendaki membantu mengendalikan aktiviti ICT di sekolah-sekolah berdekatan
* FS berperanan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan jalur lebar/pakej jalur lebar kepada warga sekolah dan komuniti setempat

Monday, 11 January 2010
APA ITU EDUWEB TV?
21:39
1 comment
EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk Semua. Pembangunan EDUWEBTV membolehkan sistem penghantaran program pendidikan untuk Guru-guru dan Murid -murid menjadi lebih baik serta mampu mewujudkan lebih banyak lagi sekolah yang bertaraf Bestari. EDUWEBTV juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara bandar, luar bandar, pedalaman dan juga hilir bandar.
DEFINISI
EDUWEBTV merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
VISI
Untuk menjadi Portal Pendidikan berasaskan Video Pendidikan bertaraf dunia menerusi penerapan nilai-nilai murni menggunakan teknik video.
MISI
Untuk menerajui pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi yang kreatif sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010.
COGAN KATA
Pendidikan Digital Untuk Semua (Digital Education for All)
SALURAN-SALURAN EDUWEBTV
EDUWEBTV merupakan Portal berasaskan kepada video pendidikan yang mempunyai saluran-saluran tertentu yang mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza.Terdapat tujuh (7) saluran dalam Portal EDUWEBTV seperti saluran Berita, Akademik,Rencana, Wawancara, TV Pendidikan, Interaktif dan Siaran Langsung.
JENIS PENGGUNA
EDUWEBTV mempunyai beberapa jenis pengguna yang boleh mengaksesnya secara atas talian. Antara jenis pengguna yang terdapat dalam Portal EDUWEBTV ialahPentadbir Sistem dan juga Pengguna Akhir yang terdiri daripada Pengguna Awam, Guru dan juga Murid. Setiap jenis pengguna ini mempunyai capaian dan akses yang tersendiri.
KEPERLUAN ASAS
Portal EDUWEBTV mempunyai beberapa keperluan asas yang perlu diikuti bagi memastikan pengguna dapat menikmati ciri-ciri hebat Portal EDUWEBTV dengan lancar tanpa sebarang gangguan iaitu Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas, Windows Media Player versi 9.0 dan ke atas dan resolusi skrin ditetapkanpada ukuran 1024 x 768 ‘pixels’.
Subscribe to:
Posts (Atom)